Saturday, 23 January 2010

Menifestasi Sahabat.....




Puisi: Persahabatan



Tak mengenal ras dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita

Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan

Jagalah kesucian dari sang hitam
Lebih dan kurang jadi bimbingan
Menutupi fitnah jangan berjalan
Jauhkan beban dari sang kelam

Mengapa kita mengotorinya
padahal suci didepan mata
Mengapa hati mesti dikhianati
Bila sang raja benar mengarahi

adaptasi : M. Tasar Karimuddin

Monday, 18 January 2010

2010... aku datang

Salam kepada teman-teman semua....
2010 yang baru menjengah kita pastinya kita galas dengan seribu harapan yang tinggi. Telah terdetik di hati kita untuk melakukan yang terbaik. Begitu juga aku ingin memberikan semua yang terbaik dalam hidup. InsyaAllah kita mampu melaksanakan azam tahun baru 2010.
Sambutan tahun baru kali ni aku berada di Penang. Kebetulan aku baru balik dari kursus di Gerik. Tak perlu aku bagitau kursus ape... Cukup sekadar pengetahuan teman-teman semua aku ni seorang guru.
Sebenarnya hobi aku ni suka jalan-jalan. Terutamanya aku suke untuk melawat tempat-tempat yang belum pernah aku pergi. Jadi aku pun ambil kesempatan selepas habis kursus untuk pergi ke kulim melalui jalan Gerik- Kulim yang baru. Aku tak tau bila jalan tuh disiapkan. Tapi bagi aku itu first time aku lalu jalan ni. Seronok juga sebab kenderaan tak sibuk dan pemandangan yang begitu indah menyebabkan aku bawa kereta aku perlahan jer.. Selepas itu, aku pun sampai di bandar Kulim. First time beb! sampai bandar Kulim... hahaha mungkin korang tak caya! tapi itulah kenyataan. Hmmmm besar gak bandar Kulim ni. Mungkin sebab pembangunan yang pesat di sini. Lepas aku melepak di Kulim, aku ambik jalan lama untuk g Bukit Mertajam.
Dah lama aku tak pergi BM. Seingat aku masa kecik-kecik dulu ada lah... tapi dah lama, masa tu aku pergi dengan arwah tok wan aku.... aku memang rapat dengan arwah tok wan. Kami pergi BM pun cuma nak beli durian jer.... So tahun baru 2010 sebenarnya aku sambut kat BM. tapi tak keluar mana-mana pun... Dok terperap dalam hotel jer. Boleh tahan la hotel tuh.. ok lah cukup sekadar ini. idea dah takde. nanti aku sambung post untuk yang akan datang. lebih banyak cerita menarik... tk